Salam sejahtera semua~
Sejak kebelakangan ini tekak aku asyik gatal2 aje [ bukan ‘gatal’ as in menggatal dgn aweks]
So asyik batuk-batuk laa jugak...risau kot2 laa H1N1 kan
Nape laaa takde orang cipta mesin untuk garu tekak yang gatal haa??
Kalo ada, aku pasti beli.
So alternatifnya, aku pegi kedai tujuh-sebelas ( 7-eleven laa omputihnye) nak beli ubat batuk cap Breacol nak bg lega sket tekak aku ni...
Masuk2 kedai aku cari2 ubat batuk breacol kat rak2 display kat depan...tapi takde
Aku tanpa segan silu & cover2 blushing malu terus tanya kat abang yang jaga cashier tuh
“Bang, breacol ade tak?”
“Breacol?? Tunggu jap ye...taktau dah sampai ke belum”
“ Ok bebeh....nak aku jagakan cashier kejap??”
“boleh”
Ok, dialog bwh tu aku acah2 aje.
So aku pn tunggu laa kejap kat cashier tuh
Merata-rata gak aku usha brader cashier tu cari ubat batuk breacol...
Kat rak cokelat & gula-gula...
Kat rak mi segera & keropok2 jajan...
Kat dalam chiller air pepsi & Heineken pun die cari...
Last-last aku dah malas nak tunggu lama2, aku gi laa kat brader tu balik yg tgah belek-belek chiller air kotak tuh...
“bro, ade tak breacol ni?? Tekak aku dah gatal2 ni” aku tengking brader tu.
“Rasa cam takde laa...stok tak sampai lagi kot??” menggigil2 brader tu jawab tp ak suh die bertindak cool. nyesal plak tengking die. haih.
“bro tau tak breacol tu menatang ape?” aku tnya balik brader tu yg masih menggigil. Cuak kot tengok aku Tanya semacam.
“tu yang air isotonic kan?? Yang orang lepas jogging minum tu??”
Aku dah agak dah.
patut laa bersungguh-sungguh cari kat chiller air minuman.
“bro letak mana ubat batuk?”
“tuu..rak yang hujung tuh”
Ada pulak sekotak breacol kemas aje lepak2 kat atas rak tuh.
“hehehe..sori laa bro, tak prasan” buat2 cute pulak bro tu tersengih2
Cesss, tak sampai stok lagi tengkorak kamu.
Ada sesiapa tak yg nak cipta mesin garu tekak yang gatal??
_________________________________________________________________
Seharusnya kita perlu bersyukur atas peluang kita untuk membuat pilihan.
Bagi aku, kemampuan untuk membuat pilihan adalah satu kebolehan diri kita yang sewajarnya kita syukuri, tapi mungkin jarang kita terpikir~
Aku rasa kebolehan membuat pilihan menjadikan diri kita lebih matang dalam hidup, lebih banyak masa kita digunakan untuk berfikir (untuk pilihan yang terbaik) dan mendidik kita berpandangan jauh atas kesan-kesan pilihan yang kita pilih dalam kehidupan kita.
Dan mungkin juga melatih kreativiti dan survivability kita dalam membuat pilihan lain seandainya pilihan yang ada tidak menepati kehendak kita.
Pokok penting bagi aku dalam aspek membuat pilihan adalah pasti ada sesuatu yang dapat kita pelajari bagi setiap pilihan yang telah kita buat.
Tak kira laa pilihan yang baik mahupun jahat...
Pilihan yang betul mahupun yang salah...
Pilihan yang bijak mahupun bodoh...
Itu adalah pelajaran penting dalam hidup kita.
Sedar atau tidak, kebanyakan kita menjadi lebih matang, lebih bijak dan juga lebih ‘cool’ melalui kemahiran membuat pilihan dalam hidup kita yang lalu...
Supaya kita sedar adalah penting membuat pilihan yang tepat dan tidak sia-sia...
Dan juga mereka yang hidup sia-sia, hidup dalam kehidupan yang tidak membahagiakan disebabkan tak pernah belajar membuat pilihan yang tepat dan tak pernah ambil kisah baik buruk pilihan yang ada, asal hidup aje...
Syukur Alhamdulillah atas nikmat ini Ya Allah~
p/s – JAKIM tawarkan RM 10,000 bagi sesiapa yg dapat tangkap Kahar Ahmad Rasul Melayu. Ada sesiapa nak cuba nasib?? boleh tangkap secara solo mahupun berkumpulan.
“The best thing to give to your enemy is forgiveness; to an opponent, tolerance; to a friend, your heart; to your child, a good example; to a father, deference; to your mother, conduct that will make her proud of you; to yourself, respect; to all men, charity” -Francis Maitland Balfour
Friday, July 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



9 comments:
salam..
klakar gile la mamat 7e tu..
bek xyah keje klu cmtu..
or dia xbg training dlu b4 keje.. haha
nk pecah perut gelak.. sengal tol.
nk mesin garu tekak eK??
ambik garpu then rodok laa tekak tu..
mmg ilang terus gatal2 tu..
ahahha
to Miss Izah Mohamed :
wsalam~
ahahaha tuh laa..ak tak expect die bole taktau breacol tuh apekebende..
takpe2, mgkin sbb die baru lg kot~
dlm invntory list lupa nak tgk breacol..hahaha
oh cik izah, anda mmg tak syg sama saya ye..
anda mahu sy kehilangan nyawa??
:)
wakaka.. lawak2.. klu i ade time tu sure i terus gelak evil kt ctu..
tibai jelaa.. wakakkaa
eleh, td sbb ckp xmo rase gatal lg kan..
rodok jelaa tekak tu..
org bg suggestion xmo plak.. hahahaha
to Miss Izah Mohamed :
hahaha aku gelak gak kot...
but give him a chance..budak baru~
tp serius klaka..wakakakakaka
any other suggestion wahai cik izah?
:)
salam shafiq..
now da sehat kew?
maseh batuk2 lg?
kalo x..meh cni akak tlg cabut anak tekak n garukan..
=]
to Mardhia Yusof:
wsalam kak..
oh sekarang dah sehat..
thanks 4 asking~
wooooo kak mar cam ganass aje..
takut~ ngeee...
haha~
terhibur hatiku sekejap baca pos ko ni..
len kali ko mintak la ubat batuk cap ibu dan anak ke, baru die tau..
sbb yg tu je femes kat msia kan? breacol tu ak pon tak penah dgr..
ermm dah2. buku forensic memanggil aku. doakan. last exam besar ni. ahad ni
hahaha
kalo taktau ak tak kesah lagi..
ni siap satu kedai dicarinya mcm pesta cari harta karun..
ye ke ko tak prnah dgr? cam pelik aje..
slamat brjaya exam~
funny! (^_^)
Post a Comment