Dah agak lama aku tak buat sesi Persoalan dari Fikiran [PdF] buat sementara waktu yang lalu...
So hari ni atas dasar kemanusiaan yang amat tinggi [ape kena mgena dasar kmanusiaan dgn hapdet blog sapiq ooiii~] maka aku pun membawakan pd korang satu lg persoalan....
TAU TAK APA ITU SWAZILAND?
So kita flashback setahun yang lepas....[bayangkan laci meja korang terbukak, doraemon muncul dan tarik korang masuk mesin cahaya masa kembali pada tahun lepas]
Task aku adalah present pasal chronic heart disease...
So aku pn present laaa....[bayangkan seorang budak selekeh yg bajet smart pakai blazer cakap pasal pnyakit jantung Dpn prof. Gamal Faheim....ok amik kayu & pecahkan skrin sekarang jugak]
Salah satu ayat yg aku sebut dlm presentation itu adalah....
“According to WHO [takkn tak tau ape itu WHO?? Kamon laa bebeh...] statistics in 1999, the least country has the incidence of chronic Heart disease is SWAZILAND....”
Dan penonton aku tetiba macam bengang, mengamuk lalu datang kehadapan lalu sorang-sorang buat multiple body slam serta tak ketinggalan mengaplikasikan teknik iron fist kat perineum area aku mnyebabkkan hospital kejar aku...eh silap....aku dikejarkan ke hospital berdekatan dan diisytiharkan paralysed for life & bergantung pada support managment sampai mampus.....sbb diorang taktau apa itu SWAZILAND...
Oh itu imaginasi aku je...tak berlaku pun....
Tp para penonton macam agak resah, kalut & terasa punggung gatal tak snang duduk sbb taktau apa itu SWAZILAND....
So salah seorang memberanikan diri bangun, berdiri atas meja dgn megahnya lalu menyampuk aku....
“Do u mean SWITZERLAND??”
“No, i said it right...SWAZILAND, not SWITZERLAND...dats another different country, and different continent also”
“I think u’re making this up.....i’ve never heard of a country named SWAZILAND”
“oh okay, why don’t u search for it tonite & tell me about it tomorrow...u know how to use google rite?”
“ok, i will”
Tapi mamat itu esoknya tak dtg kelas...mungkin dia tgh menyorok bawah katil peluk tedi bear dia sambil blushing sbb mengenangkan besar kemaluan beliau sound aku slm barangkali....
Takpe, aku dah lama maafkan ko kalo ko baca blog aku ni....
Dah dah, letak tedi bear tuh ketepi, gi basuh muka & datang kelas ni...meh laaa....u nak ai pujuk u ke?
***************
Dulu masa aku darjah 4, ada rancangan tv reality kanak-kanak yang aku-menangis-gila-meraung-macam-saiko mintak permisi bapak aku nak join....
Tajuk rancangan itu adalah DI MANA JOE JAMBUL?? Dihoskan oleh Norzizie Zulkifli....
Ada 3 game yang kanak-kanak comel dan innocent itu kena main....
Salah satunya ko kena letakkan beacon penanda kat Negara-negara & Bandar-bandar yang disebutkan kat atas peta dunia yg disediakan...
[aku dah cuba google gambar berkaitan dgn DI MANA JOE JAMBUL...tp tak jumpa, maaf laa...so sebagai ganti aku upolad gambar BARONESS dari G.I. JOE movie...ok tak? dah dah jgn buat & tengok benda bukan bukan dpn pc korang]
Aku bayangkan laa mmg dlm rancangan itu, permainan itu yang paling sial.....
Kalo laaa kanak-kanak comel & innocent itu tau mencarut & maki hamun, dah pasti sepanjang game itu dipenuhi ayat-ayat Carutan & maki hamun yg meluncur laju kluar dari mulut mereka dgn suara yg comel-comel....hahahahaha
Bayangkan nama Negara yang pelik-pelik....
LUXEMBOURG
VATICAN CITY
COTE’ DE IVOR
Macam-macam lagi laaaaa.....
Ala kanak-kanak baya aku kalo time tu ko suruh tanda kat mana Ipoh dlm peta Malaysia pun mungkin taktau time tu....
Banyak gak kanak-kanak sebaya aku yang nanges dpn kamera tv sbb panic taktau ape punya Negara dia suruh tanda.....kesian~
So berbekalkan semangat membara seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, aku baca geographical atlas oxford yg ayah aku pakai time dia nk amek paper geography LCE[zaman skg PMR] tahun brapa ntah....
dgn harapan bila aku join rancangan DI MANA JOE JAMBUL itu, aku hanya perlu amek 30 saat nak letakkan beacon penanda itu secara solo....[kecik-kecik dah ada rasa angkuh...sila doakan penulis blog ini merendah diri selalu~]
dan kanak-kanak lain nanges dpan kamera tv sbb takleh beat aku & geographical knowledge aku...hahahaha [nyampah kan?]
tp mungkin ayah aku dapat hidu perasaan bongkak & show-off dlm diri aku....dia tak bagi aku join...ish~
tapi perbuatan itu membuka mata hati aku bahawa dunia ini amat luas, menarik dan pelbagai pengajaran yang boleh diambil bagi yang mahu mencari petunjuk, mencari & mengenal hakikat kehidupan di dunia yg bersifat sementara ini....
dan aku mula membayangkan menjadi seorang perantau dunia, yang mahu merantau dan melihat dunia serta menafsir warna-warna kehidupan yang sememangnya penuh dengan warna yang menarik.....
warna keinsafan, warna kemarahan, warna kesungguhan, warna kegagalan, warna kesetiaan, warna cinta, warna kegembiraan...sambung sendiri selebihnya~
ada sesiapa mahu merantau dengan aku??
p/s – exam pada 8hb Disember, sekali exam round Medicine & Surgery. Pohon doa kalian.
“Certainly, travel is more than the seeing of sights; it is a change that goes on, deep and permanent, in the ideas of living”- Miriam Beard





